MOH BLAJO BAHASA PAHANG!!!

Okeih... kita berlajar beberapa perkataan yang biasanya digunakan orang orang Pahang dan beberapa perkataan 'rare'
yang digunakan orang orang tua-tua toghi (toghi bermaksud lama @ dahulu kala).
Pohpaleh - biasanya digunakan bila ternampak atau terdengar tentang sesuatu cerita atau keadaan yang sangat
menakjubkan, hebat, atau sengaja nak menampakkan ianya dahsyat.
Contoh ayat: Pohpaleh weih aok... tok mudoh skan ni... keter nok samer besor dengan rumoh!
Ayat KeyEl dia: Wah bukan main lagi awak sekarang ni. Pakai kereta besar dah..
Walaupun dalam ayat asal ada menyebut 'kereta nak sama besar dengan rumah', tapi sebenarnya si pencakap bukan
bermaksud macam tu. Itu cuma 'ayat melampau' nya saja.
Hugong - menghantukkan. Perlakuan seperti memegang kepala orang dan menghantukkan kepada sesuatu dengan
sedaya upaya.
Contoh ayat: Amboih aok... koi hugong ke dinding kang ndok?
Ayat KeyEl dia: Aii brader.. jangan la melampau. Aku hayun kepala lu ke dinding karang.
tok ghoit - Tak larat sangat. Tiada daya
Contoh ayat: Aok gi la sorang.. koi tok ghoit dah..
Ayat KeyEl dia: You pergi la.. I tak larat la... letih sangat.
habih ghreng - Sekuat mungkin, semaksimum mungkin.
Contoh ayat: Dah tolok habih ghreng pun tok bergerok nih, doh gonner?
Ayat KeyEl dia: Kita dah tolak sampai nak putus urat kentut, benda ni sedikit pun dah berganjak ni. Abis tu camaner?
Melenteit - Merujuk kepada keadaan perut yang terlalu kenyang, membulat cam orang mengandung 9 bulan.
Contoh ayat: hah! tahu ke didiknya.. uko melenteit ngerja ker Danish...
Ayat KeyEl dia: Celaka punya nyamuk! Padan muka mati kena tampar dengan aku. Sampai gemuk menghisap Darah
anak aku!!

Teman

assalamualaikum..


jika anda inginkan teman,
jangan hanya memandang pada kelebihan..
kerana mungkin dengan satu kelemahan anda akan meninggalkannya..

jika anda inginkan teman janganlah memandang pada kelebihannya...
kerana mungkin dengan satu kekurangan..
anda akan menyisihnya...

jika anda inginkan teman....
jangan memandan teman pada ilmunya...
kerana apabila dia buntu anda pasti akan menjauhuinya

jika anda inginkan teman...
terimalah dia seadanya..
kerana dia hanya manusia biasa..
yang tidak lepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan...

wassalam..

TEKNIK PERNAFASAN berkesan menurut islam 1

assalamualaikum..

agak lama dah saya tak updatekan blog ni..

saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat.

teknik pernafasan..

1. tarik nafas sambil menyebut subhanallah..
2.tahan nafas sambil sebut alhamdulillah..
3.henbuskan nafas gunakan mulut sambil menyebut Allahuakbar..

harap ilmu ini dapat dilakukan secara beristiqamah..insyaallah dengan melakukan teknik pernafasan ini tubuh badan akan lebih sihat. harap dapat diamalkan..k?

first post dari saya..

hari ni adalah hari pertama saya tulis blog ni.. saya tak tahu naktulis pe.. tak pela.. saya nak stori sikit pasal skolah saya.. SMKA TAHAP..Sekolah menengah kebangsaan Agama Tngku ampuan Hajjah Afzan pahang..ia juga boleh di tafsirkan jga sebagai Sumber Manusia Kekasih Allah Tanpa Agama Hidup Akan Punah..

Di sini saya dapat belajar tentang agama.. hari2 ada kuliah yang akan mendidik para pelajar supaya menjadi lebih baik.. sekarang ni dah masuk tahun ke empat saya ditempatkan di sekolah ini.. saya rasa seronok sangat kerana dapat sekolah di sini dan dapt mempelajari tengtang agama..