HURM..ESOK BALIK SEKOLAH!!!

assalamualaikum....


setelah 2 minggu aku bercuti. akhirnya telah tiba masa untuk pulang ke sekolah semula. esok merupakan hari yang aku paling x suka untuk lalui dalam hidup ini.

semasa aku menulis blog ni. telefon bimbit ku berbunyi.. aq tengok nma jaba. salah seorang pelajar tahap. budak kelas aku. dia tanya aq esok blik x..
\aq jawab balik rr weii...


kepada semua pelajar2 smka tahap dan seluruh pelajar yang tinggal di asrama. selamat kembali ke sekolah masing2..huhuhu

bye..
aqu perlu jawab telefon skunk. cz ade orang yang lagi penting telefon..bye

SEJARAH BANJAR

-banjar terbahagi kepada beberapa pecahan spt alai,kalua,kandangan dll
-migrasi besar2ran ke luar terutamanya ke semenanjung tanah melayu n sumatera pada hujung abad ke 19 terutamanya selepas sultan banjarmasin terakhir sultan suriansyah di bunuh oleh belanda n banjarmasin ditawan belanda pada penghuung 1870an
-peringakt pertama(kebanyakanya adalah pembesar2 kesultanan banjar n kaum keluarganya) penghijrahan orang2 banjar adalah ke singapura n pantai2 barat johor terutamanya di kawasan pontian n batu pahat kemudian mereka bekerja di ladang2 getah milik sultan johor n british di sumatera pula di pantai wilayah kesultanan Deli
-peringakt kedua penghijrahan org banjar pula adalah sebelum perang dunia kedua dimana masa itu org banjar yg baru berhijrah dari banjarmasin telah membuka byk tanah2 sawah di bahagian pantai selangor,daerah hilir perak(sg manik,chenderong balai,labu kubong) n daerah kerian(bagan serai,parit buntar)dengan galakan yang diberi oleh british

dari cerita lisan allahyarham Moyang aku pula kbyakan orang banjar yang lari ke malaysia ni dulu adalah org buruan pihak belanda di tanah banjar..mereka lari akibat x tahan ditindas oleh belanda n sms dia belum meninggal ar2 moyang aku pnh crita yang mereka berhijrah ke malaysia ni pada awl 1930an dulu naik kapal layar shj n mendarat di deli(sumatera) dahulu sebelum ke batu pahat johor..n pada 1941 baru berpindah ke parit 13 A sg manik perak n bermukim serta berketurunan disana sampai ke hari ini....
n kitorang sekeluarga masih tidak putus hubungan dengan kulaan di tanah banjar indonesia sampai skrg..

Sukubangsa Banjar adalah suku bangsa yang menempati sebagian besar wilayah Provinsi Kalimantan Selatan, sebagian Kalimantan Timur dan sebagian Kalimantan Tengah terutama kawasan dataran dan bagian hilir dari Daerah Aliran Sungai (DAS) di wilayah tersebut. Suku bangsa Banjar berasal dari daerah Banjar yaitu wilayah inti dari Kesultanan Banjar meliputi DAS Barito bagian hilir, DAS Bahan (Negara), DAS Martapura dan DAS Tabanio. Kesultanan Banjar sebelumnya meliputi wilayah provinsi Kalimantan Selatan dan Kalimantan Tengah, kemudian terpecah di sebelah barat menjadi kerajaan Kotawaringin yang dipimpin Pangeran Dipati Anta Kasuma dan di sebelah timur menjadi kerajaan Tanah Bumbu yang dipimpin Pangeran Dipati Tuha yang berkembang menjadi beberapa daerah : Sabamban, Pegatan, Koensan, Poelau Laoet, Batoe Litjin, Cangtoeng, Bangkalaan, Sampanahan, Manoenggoel, dan Tjingal. Wilayah Kalimantan Tengah dan Kalimantan Timur merupakan tanah rantau primer, selanjutnya dengan budaya madam, orang Banjar merantau hingga ke luar pulau.
Menurut Alfani Daud (1997), suku bangsa Banjar adalah suku asli sebagian besar wilayah Provinsi Kalimantan Selatan, kecuali di Kabupaten Kota
baru.

H1N1 DI SMKA TAHAP

assalamualaikum...


ini merupakan luahan hati seorang pelajar Smka Tahap...

sekolah saya ni dah mempunyai 9 orang yang positif menghidap penyakit H1N1..

tp sekolah x pun tutup jugak kerana pengetua mahukan sekolah mendapat anugerah NILAM yang akan datang pelawat yang akan melawat sekolah kami pada hari isnin ni...

aku pun x fham dengan pe'el pengetua sekolah aku....

sekolah bru je sambut jubli perak baru-baru ni...(14 julai 2009)

sekolah ni hanya mahukan anugerah jee...

biarpun dah 9 oang yang positif H1N1...



SEKIAN SAJA LUAHAN HATI SAYA NI....


WASSALAM...

Jubli Perak: Tahniah SMKA TAHAP...

Assalamualaikum...

Tahniah kepada sekoloh aku kerana menyambut Jubli Perak semalam kat Jerantut. Aku tak dapat hadir. Baca berita je dalam paper. Ni petikan berita hari ini dalam Kosmo!

Sultan Ahmad Shah menatap gambar Allahyarhamah isteri baginda, Tengku Ampuan Afzan pada sambutan jubli perak SMKA TAHAP di Jerantut semalam
Sultan Ahmad Shah Terkenang Tengku Afzan


JERANTUT - Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah tidak dapat menahan kesedihan baginda ketika bertitah merasmikan sambutan Jubli Perak Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang (SMKA TAHAP) di sini semalam.


Baginda mula kelihatan sebak sebaik saja bertitah mengenai nama sekolah berkenaan yang diambil sempena nama Allahyarhamah isteri baginda, Tengku Afzan Tengku Panglima Perang Muhammad.


"Seribu makna buat saya sebab sekolah ini mengambil nama sempena nama Tengku Ampuan Afzan, isteri saya yang dikasihi," titah baginda.


Sebaik saja menitahkan ayat tersebut, Sultan Ahmad Shah berhenti seketika dan mendiamkan diri sambil menundukkan kepalanya sebelum kedengaran esakan kecil disusuli dengan genangan air mata di kelopak mata baginda.


Keadaan itu berlarutan lebih kurang seminit, menyebabkan hadirin dalam dewan sekolah turut hiba seolah-olah memahami kerinduan baginda kepada Allahyarhamah isterinya yang mangkat pada tahun 1988 itu. - Bernama


sumber: Kosmo!