MOH BLAJO BAHASA PAHANG!!!

Okeih... kita berlajar beberapa perkataan yang biasanya digunakan orang orang Pahang dan beberapa perkataan 'rare'
yang digunakan orang orang tua-tua toghi (toghi bermaksud lama @ dahulu kala).
Pohpaleh - biasanya digunakan bila ternampak atau terdengar tentang sesuatu cerita atau keadaan yang sangat
menakjubkan, hebat, atau sengaja nak menampakkan ianya dahsyat.
Contoh ayat: Pohpaleh weih aok... tok mudoh skan ni... keter nok samer besor dengan rumoh!
Ayat KeyEl dia: Wah bukan main lagi awak sekarang ni. Pakai kereta besar dah..
Walaupun dalam ayat asal ada menyebut 'kereta nak sama besar dengan rumah', tapi sebenarnya si pencakap bukan
bermaksud macam tu. Itu cuma 'ayat melampau' nya saja.
Hugong - menghantukkan. Perlakuan seperti memegang kepala orang dan menghantukkan kepada sesuatu dengan
sedaya upaya.
Contoh ayat: Amboih aok... koi hugong ke dinding kang ndok?
Ayat KeyEl dia: Aii brader.. jangan la melampau. Aku hayun kepala lu ke dinding karang.
tok ghoit - Tak larat sangat. Tiada daya
Contoh ayat: Aok gi la sorang.. koi tok ghoit dah..
Ayat KeyEl dia: You pergi la.. I tak larat la... letih sangat.
habih ghreng - Sekuat mungkin, semaksimum mungkin.
Contoh ayat: Dah tolok habih ghreng pun tok bergerok nih, doh gonner?
Ayat KeyEl dia: Kita dah tolak sampai nak putus urat kentut, benda ni sedikit pun dah berganjak ni. Abis tu camaner?
Melenteit - Merujuk kepada keadaan perut yang terlalu kenyang, membulat cam orang mengandung 9 bulan.
Contoh ayat: hah! tahu ke didiknya.. uko melenteit ngerja ker Danish...
Ayat KeyEl dia: Celaka punya nyamuk! Padan muka mati kena tampar dengan aku. Sampai gemuk menghisap Darah
anak aku!!

Teman

assalamualaikum..


jika anda inginkan teman,
jangan hanya memandang pada kelebihan..
kerana mungkin dengan satu kelemahan anda akan meninggalkannya..

jika anda inginkan teman janganlah memandang pada kelebihannya...
kerana mungkin dengan satu kekurangan..
anda akan menyisihnya...

jika anda inginkan teman....
jangan memandan teman pada ilmunya...
kerana apabila dia buntu anda pasti akan menjauhuinya

jika anda inginkan teman...
terimalah dia seadanya..
kerana dia hanya manusia biasa..
yang tidak lepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan...

wassalam..