OpenMoko – Telefon Bimbit Sumber Terbuka

Pernah terbayang anda berhak untuk mendapat, mengguna,mengubah dan mengagihkan perisian dan perkakasan pada telefon bimbit anda? Kini, OpenMoko, telah memulakan usaha menghasilkan telefon bimbit pertama yg menggunakan platform sumber terbuka atau Open Source. Dan inilah hasilnya..

openmoko - neo1973

Neo1973 – Telefon Pintar menggunakan platform OpenMoko.

Neo1973 ini dikira sebagai sumber terbuka degan sebenar-benar bebas pada perisian dan juga perkakasan. Jika telefon bimbit yg lain, kita dihalang dari meneroka potensi dan membuat sebarang modifikasi terhadap perkakasan. Tetapi dengan platform OpenMoko ini, potensi telefon bimbit ini dikembangkan lagi kepada tahap yg lebih jauh. Pembangun dan mungkin penggodam perkakasan (Hardware Hacker) boleh mengkaji dan memperbaiki sebarang kekurangan pada peranti ini melalui PCB. Keterbukaan Platform Open Moko ini boleh dirumuskan dalam petikan Bahasa Inggeris ini:

Like Make Magazine we believe “If you can’t open it, you don’t own it”.
Others try their best to lock us out of the devices we buy, but, Neo’s are built for you to open. You can take the casing apart and get at the PCB. Opt for the Neo Advanced kit and we’ll give you a special screwdriver (the Neo cracker) and plastic guitar pick to make opening this device even easier. Go ahead, open your Neo. Make our day.

Seperti biasa, untuk mereka yg mengikuti perkembangan pergerakan perisian percuma dan gerakan untuk sumber terbuka ini, mereka tahu bagaimana kekuatan sumber terbuka untuk perisian-perisian dalam Neo1973 ini. Jadi pengguna bebas untuk memasukkan perisian ygdisukai dan membuang apa yg tidak mahu diguna, sama seperti sebuah komputer peribadi, cuma ianya adalah telefon bimbit pintar.

Golongan anti-iPhone juga menyokong usahaini, dan ade di antaranya membuat perbandingan antara kedua-dua peranti.

iphone vs neo1973.

Nama Neo1973 merujuk pada Dr Martin Cooper yg membuat panggilan pertama menggunakan telefon bimbit pada tahun 1973.

Buat masa sekarang, Neo1973 hanya dipasarkan kepada mereka yg terdiri dari pembangun program perisian atau perkakasan sahaja. Pengguna biasa akan dapat melalui pengalaman menggunakannya akan datang.

Ini spesifikasi Neo1973 setakat sekarang:

* 120.7 x 62 x 18.5 (mm)
* 2.8″ VGA (480×640) Skrin TFT
* Samsung s3c2410 SoC @ 266 MHz
* Cip Global Locate AGPS
* Ti GPRS (2.5G not EDGE)
* USB 1.1 Tanpa Kuasa
* Skrin Sesentuh
* Slot Micro-SD
* 2.5mm jek audio
* 2 butang tambahan
* 1200 mAh bateri (dicas dengan USB)
* 128 MB SDRAM
* 64 MB NAND Flash
* Bluetooth (2.0)