i'm back to home now...

assalamualaikum..

aku telah berjaya menamatkan sesi pengajian aku selama 8 hari di smka tahap bermula pada 1-8 disember 2009... bez gler...aq rase sronok sangat sebab kelas dah abis...tapi yang x seronoknyer..ialah kerja sekolah yang cikgu fozi bagi kat aq.. huh.. banyak sungguh.. x taw la bilaaku nak mula buat..selama 8 hari aq di sekolah aku menuntut ilmu..iaitu beberapa tajuk dalam buku teks form5..

pada tahun depan kitorang akan lebih mudah untuk menghabiskan silibus dan cepat untuk membuat review...dengan cara ini insyaallah kitorang akan berjaya....


walaupun cuti sekolah tinggal beberapa hari je lagi... aku akan memanfaatkan cuti sekolahku ini dengan aktiviti yang menarik seperti yang telah aq rancang selama ini..

bermula pada hari ini aku akan berlajar bersungguh2 untuk mencapai cita-citaku...

akan aku berikan kepada ibu dan bapaku segulung ijazah yang selama ini kucita-citakan...

aku harap akan mendapat doa dari semua pembaca setia blog aku ni...

insyaallah....

Amin..

wassalalam...

Balik Sekolah Esok......

assalamualaikum.....

esok aku kene balik sekolah sebab ade kelas tambahan...maklum la... tahun depan nak spm... jd kne la aku studi bermula dari sekarang... Esok dah kene balik asrama.... argh.... x bestnye... nak x nak.. aku kene balik jugak.. disebab kan itu aku mungkin x sempat nak update blog ni lagi... kepada pembaca blog aku yang setia aku mohon maaf banyak2...

esok mungkin aku balik petang kowt... i2 paling lewat r aku kene jejekkan kaki aku kat bumi tahap.. tp, yang seronoknye balik esok blh bwh pe sje yang nak bawak.. contonya, nset, seluar jeans dan macam2 lagi la.. x dapat la aku nak senarai kan kat sini...

yang pasti aku akan bawak nset aku n seluarjeans aku kat sekolah untuk digunakn during aku kat sne..hulalala... cikgu fozi kate; "selagi ade waktu,selagi saya sihat,saya akan bersama kamu untuk buat kelas"hehehe.

matapelajaran yang terlibat sepanjang aku belajar di sana bermula hari selasa ini adalah addmath,biologi,physics dan chenistry... nasib baik la aku x ambik bio... klu x semua sekali aku terlibat....aku x ambim bio... tp aku amik subjek akaun...


add math aku lulus beb final exam bru2 nie... perh... bangga giler aku... jangan marah ea... aku harap dengan aku menghadiri kelas tambahan pada 1 hingga 10 desemder ni dapat menambah baik result pekse aku pada exam yang akan datang...insyaallh..

ddengan harapan kepada pembaca setia blog ni dapat mendoakan kejayaanku dalam spm pada tahun 2010 nanti...

sekian terima kasih..

Hillier says he saw no credible reports of torture

Image

Gen. Rick Hillier answers questions from the Star's James Travers at the Toronto Reference Library on Nov. 19, 2009.


Retired general Rick Hillier refused today the credible reports of Afghan detainees have been tortured on hand for the local authorities by Canadian troops.

The denial by the Chief of Staff retired explosive counter defense evidence earlier diplomat Richard Colvin top warning repeatedly that officers high-ranking government and military in 2006 and 2007 of widespread torture.

"I saw nothing that would be called my attention," said Hillier parliamentary committee looking into the treatment of Afghan prisoners.

In his latest book The first soldier, Hillier called the allegations of torture as "crap" and the yellow journalism product.

Hillier their shoulder to shoulder with other senior military figures retired Lieutenant-General Michel Gauthier, who was the commander of the Canadian Expeditionary Force Command in Afghanistan, General David Fraser, commander of the multinational force in southern provinces of Afghanistan in 2006.

It comes the defense staunch military and political detainees facing growing demand for a public inquiry in light of the irrefutable evidence Colvin last week.

Colvin, who was Deputy Head of mission in Kabul in 2006 and 2007 before moving to its current position in Washington, that, among other things, that detainees were tortured in prisons in Canada and Afghanistan were similar illegal transfer.

Hillier said the Committee's contention that all detainees were abused Colvin statement "ridiculous" based on "rumors" and reporting foundation.

Colvin of the many reports filed between May 2006 and October 2007 on allegations of torture of many senior government officials, including Margaret Bloodworth, national security adviser to the Prime Minister and Foreign Minister Peter MacKay, now Minister Defense and the target of opposition attacks.

Amir Attaran, of Afghan detainees' rights advocate and University of Ottawa law professor, said earlier Hillier and others will never be admitted to specific examples of torture, as this could do to be in charge of war crimes .

But the truth is Attaran said the military arrested repeatedly on the transfer of prisoners to Afghan authorities speak of more than passing knowledge of abuse.

"What is especially hard on the decision of the Canadian Forces that is creating the risk again and again and again," he said.

"Trust me I have no reason for joy on the fact that Canadians could be in your dock war crimes."

While the three General, argued that there was nothing to support the allegations, the judge of the Federal Court in Ottawa, the hearing on application for injunction to stop the transfer of detainees in February 2008, said he received on the tortured before their alleged "real and very serious concern."

Gauthier said that transferring detainees were taken seriously and have been informed "every day" by staff members who knew he was the subject of "hot".

Gauthier said anything in any of the reports received from Colvin alerted staff in high risk of torture or torture.

And he said any recommendation that military commanders ignored or covered in the reports "are wrong."

Gauthier said he was "mortified" to listen to themselves and others "actually qualified as war criminals" on national television.

Meanwhile, the David Mulroney, a career bureaucrat who was the first point man for Canada in Afghanistan and now the Chinese ambassador to Canada, in Ottawa to protect its record against accusations of Colvin.

Disalah anggap koma 23 tahun


GAMBAR menunjukkan Houben berkomunikasi dengan menggunakan komputer khas semasa duduk di kerusi rodanya di Institute Weyerke, Heusden-Zolder dekat Liege Belgium kelmarin.


BRUSSELS - Kisah seorang lelaki Belgium, Rom Houben tersilap diagnosis sebagai koma selama 23 tahun tidak dianggap unik berdasarkan satu kajian baru-baru ini.

Pesakit itu merupakan mangsa kemalangan jalan raya pada 1983 ketika berusia 20 tahun dan dia dianggap koma selepas dirawat di sebuah hospital.

Namun, dalam satu ujian perubatan diketuai Profesor Steven Laureys yang dilakukan pada 2006 di Universiti Liege, 90 kilometer dari sini mendapati dia tidak berada dalam keadaan koma.

Dia didapati tidak berada dalam keadaan koma tiga tahun lalu.


GAMBAR fail menunjukkan Josephine Nicolaas Houben menberi minuman kepada anaknya.


Kajian itu mendapati otak mangsa yang kini berumur 46 tahun masih berfungsi tetapi dia tidak mampu berkomunikasi.

Ibunya, Josephine Nicolaas-Houben langsung tidak mempercayai dia koma sejak dua dekad lalu menyebabkan ujian bagi memastikan kedudukan sebenar anaknya itu dibuat oleh profesor tersebut.

"Setiap pesakit sebenarnya perlu menjalani ujian paling kurang 10 kali sebelum disahkan secara rasmi sebagai koma untuk mengelak kes seperti Houben berlaku," kata Laureys.

Penyelidikan terbaru di Belgium itu mendapati ramai doktor dalam kebanyakan kes tersilap mendiagnosis lebih 40 peratus kes pesakit yang diputuskan sebagai koma.


GAMBAR bertarikh 1983 menunjukkan Houben bermain dengan anjingnya seminggu sebelum dia terlibat dalam kemalangan jalan raya.


Houben, bekas pelajar kejuruteraan dan peminat seni mempertahankan diri memberitahu sebuah akhbar Jerman, dia kaku sekian lama apabila terperangkap di dalam badan sendiri.

Dengan menggunakan sebuah komputer diubah suai khas, dia kini mampu menulis mesej dan menceritakan keadaan dirinya sepanjang menempuh pengalaman pahit semasa dianggap koma.

"Saya mahu menjerit tetapi tiada suara keluar namun akhirnya saya tidak dapat melupakan hari penyelidik-penyelidik mendapati saya disalah diagnosis. Ia umpama hari kelahiran kedua saya," kata Houben. - AFP

ADAT 'PIKULAN' DALAM PERKAHWINAN MASYARAKAT BUMIPUTERA IRANUN SABAH



Mungkin kita akan tertanya-tanya, mungkin juga terkejut apabila mendengar permintaan ‘Hantaran [barian ] dan Mas Kahwin itu' diluar kebiasaan. Atau jarang-jarang kita dengar dalam bahasa perbualan seharian. Mungkin juga hati kita [sipendengar] tertanya-tanya samada yang kita dengar itu betul sebutannya serta menepati adat dan budaya pihak si perempuan, ketika rombongan pihak si lelaki datang bertandang untuk majlis ‘Pagidsa-idsa’ [ peminangan ] yang dilakukan dalam masyarakat bumiputera Iranun di Sabah.


Lebih mengejutkan lagi apabila istilah-istilah yang digunakan oleh wakil pihak si perempuan [ Babai ] itu amat jarang kita dengar dalam pertuturan seharian kita. Hal ini berlaku oleh kerana kebiasanya sesuatu kaum itu, terutamanya masyarakat pribumi Iranun Sabah ini jarang sekali mendedahkan sesuatu adat atau budaya milik mereka kepada pihak kedua atau ketiga [ samada pengkaji, penulis atau media-massa]. Lebih-lebih lagi jika tujuannya hanya semata-mata untuk ingin diberitahu kepada orang di luar lingkungan masyarakat pengamal budaya tersebut.


Pemaparan adat dan budaya Masyarakat pribumi Iranun Sabah ini, jika lakukan tanpa tujuan yang jelas, kemungkinan besar bagi sesetengah orang, terutama penghulu [ Ketua Masyarakat - terutamanya golongan Datu-Datu atau Bai ] mahupun penghulu adat [ Orang Tua / Ketua Kampung ] menganggapnya sebagai suatu perlakuan yang kurang sihat dan boleh menjejaskan nilai adat dan budaya tersebut dari konteks sudut pandangan sesuatu berkenaan.
Ini kerana pemegang adat, terutama golongan bangsawan [Datu-Datu] melihat adat ini sebagai sesuatu yang murni dan perlu dilakukan atau dilafaz dengen penuh beretika. Kerana itu tidak hairanlah jika pihak si lelaki [orang yang bakal meminang] pada kelazimannya - terlebih dahulu mencari seorang jurubicara [ bagi pihak lelaki ] yang faham dan tahu tentang hal-ehwal dan makna adat 'Pikulan' ini.


Maka lantaran itu, sebelum sesuatu majlis peminangan dilakukan, maka pihak lelaki [ wakil] akan terlebih dahulu meresik secara senyap bertanya tentang perihal adat-istiadat si perempuan. Kepentingan merisik secara senyap terasa perlu dibuat atau dilakukan oleh pihak si lelaki terutama jika lelaki [ bakal peminang ] itu bukan dari kumpulan etnik atau lingkungan pengamal budaya masyarakat ini sendiri.


Kebiasaannya, semasa proses merisik dan seterusnya meminang, beberapa ungkapan akan kedengaran daari wakil siperempuan. Antara ungkapan-ungakapan biasa disebut ialah seperti berikut;-

1. Barian

2. Sapi [Lembu]

3. Pelit

4. Sewaka

5. Benga

6. Getas Sarirai

7. Damak

8. Keris

9. Dan sebagainya di samping mas kahwin.


[ Nota:Oleh kerana Masyarakat bumiputera Iranun Sabah adalah seratus peratus beragaama Islam, maka tentu sekali mas kahwinnya adalah selaras seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama].


Namun begitu apa yang menarik dalam adat komuniti ini ialah kesemua adat dan barian [hantaran ] ini dirujuk dalam satu istilah yang disebut ' PIKULAN'. Jumlah pikulan inilah juga yang akan menentukan berapakah sebenarnya nilai barian atau hantaran yang perlu dikeluarkan oleh pihak silelaki kepada keluarga pihak siperempuan.


Apa tanggapan anda terhadap istilah 'Pikulan' ini.? Adakah ia merujuk kepada berat timbangan atau nilai duit wang yang perlu diberikan?. Mungkin ya. Mungkin juga tidak. Ini kerana 'Pikulan' dalam konteks adat-istiadat peminangan dan perkahwinan masyarakat pribumi Iranun ini sebenarnya merujuk kepada jumlah atau nilai harga ' Lembu atau kerbau' yang bakal diminta oleh pihak si perempuan.


Dalam konteks masyarakat Iranun Sabah, terdapat tiga peringkat adat yang sering diamalkan. Antara adat-adat tersebut ialah ' Adat 7 pikul atau 8 pikul ' Adat 10 pikul dan Adat 15 pikul. Lazimnya adat 7 pikul atau juga 8 pikul adalah untuk golongan orang biasa atau masyarakat umum. Adat 10 pikul adalah untuk golongan Bai. Sementara Adat 15 pikul adalah untuk golongan Datu atau bangsawan. Bagi memudahkan kita memahami asas adat pikulan ini, maka saya perturunkan dibawah ini adat bagi masyarakat kebanyakan, untuk perhatian dan tatapan anda semua.


ADAT 7 PIKUL [ PEREMPUAN] - GOLONGAN MASYARAKAT UMUM.


1. Elaga - 7 Pikul
2. Barian [ Hantaran] - [ 5 Ekor lembu / kerbau ]
3. Pelit - 2 pikul [ untuk nenek lelaki si perempuan ]
4. Sewaka - 1 pikul [ untuk nenek perempuan ]
5. Benga - 1 pikul [ ketua adat / ketua kampung]
6. Getas Sarirai - 1 pikul [jurubicara adat / pemuda cara ]
7. Hulu adamak - 1 pikul [ tetamu jemputan / yang menyambut pengantin lelaki ]
8. Keramaian - 1 pikul [ pekerja dapur ]
9. Mas kahwin - RM 100.00 [ hak mutlak pengantin perempuan ]
10. Jurunikah - 5 pikul [ RM 100.00]
11. Saksi - [ nilai ditetapkan oleh pihak pberkuasa agama ]
12. Usunan - Sebuah kenderaan yang diperbuat daripada bambo [ buluh ].


Namun demikian, janganlah anda terkejut jika nilai pikulan juga boleh digantikan [ditukar dengan wang yang cuma nilainya berjumlahRM:20.00 ringgit. Percaya tidak? Namun apapun sebenar adat ini bukanlah sesuatu yang mutlak. Ia akan bergantung kepada berbincangan dan perundingan antara pihak perempuan dan juga pihak si lelaki.


Semoga apa yang saya paparkan ini akan memberikan asas pengetahuan dan pemahaman anda terhadap adat masyarakat atau komuniti ini. Saya berharap pemaparan ini akan memberikan manfaat terutama kepada pihak lelaki yang berhasrat meminang atau berkahwin dengan si gadis daripada masyarakat Iranun pribumi Sabah ini.